Ian Bohen RETWEETED my TWEET

Thursday, October 31, 2013

Sambungan. Going to sleep already. This is going to be a big reverse for Nash's friends.

"Shaq, nak tu!"
"Menda?"
"Tu! Telur! Aku nak telur!"
"Banyak songeh lah kau ni. Kau kan ada tu."
"Shaq...." baby besar sudah keluar.
"Mintak kat Tir."
"Tir?"
"No. No. No. Aku nak!"
"Chemm?"
"Ahhh! Takde-takde. Mana sedap nasi lemak takde telur."
"Shaq, depa tanak bagi."
"Ish. Kau ni. Nah ambik!" Laju je telur yang ada dekat pinggan Shaq berpindah ke pinggan Arif.
"Heeee~ Thanks Shaq. Tu pasai aku sayang gila-gila-gila dekat kau!" Shaq buat muka.
"Shatap youuu! Nyampah aku dengar."
"Korang ni tak habis-habis nak bromance. Geli aku!" Tirana menghirup hot choc miliknya.
"Minah jelly memang cemtu citer dia." Arif menjawab laju. Shaq cuma menggeleng, tak kuasa nak menyampuk.
"Aku? Jelly? Sorry sikit! Tak ada dalam kamus hidup aku nak jelly bagai. Eh. Korang tau tak apa yang tak kena dengan Nash tu? Dia dah lain lah weh sekarang ni."
"Lain pebendanya? Biasa je aku tengok." Arif pandang Shaq. Mintak explanation gamaknya.
"Kau tak nampak ke yang Nash jarang hang ngan kita sekarang ni?" Arif angguk tanda setuju.
"Chemm, dia tak cakap pape kat kau?"
"Nope, nothing. Tir, since mamat Iman tu masuk sini. Dia terus lain. Like a completely different person."
"Err.. aku rasa maybe korang terkejut. But aku ada something nak cerita pasal budak Iman tu."
"Cerita pasal apa pulok kau ni, Arif oi?"
"Tak, haritu aku merayau saja-saja je. Then, aku nampak Nash ngan budak tu."
"Then?" Hampir serentak Shaq, Tirana dan Chemm bertanya.
"Aku nampak Iman macam marah dekat Nash. Or maybe the other way around. Sebab dua-dua nampak marah time tu. Aku tak dapat nak dengar sangat, so aku cari port yang aku boleh dengar clearly."
Senyap. Tak ada satu suara pun yang menyampuk umpama memberi peluang Arif menghabiskan ceritanya.
"I'm not sure telinga aku yang ada problem ke pe kan? Tapi lepas aku dengar betul-betul, Nash marah Iman. Marah yang gila-gila marah. Rupa-rupanya, Iman tu kawan Nash masa dekat dia punya previous school."
"Masuk akal jugak lah Nash care pasal dia. Ex-schoolmate kut." Shaq mengangguk tanda setuju dengan komen Tirana.
"Key, tang tu aku faham. Tapi asal Nash marah pulak?" Chemm pandang Arif semacam.
"Errr. Yang ni, aku pun terkejut.." Jeda.
"Pehal pulak?"
"Iman tu. Sebenarnya..."
"Sebenarnya...?"
"Sebenarnya dia tu.."
"Sebenarnya.. Sebenarnya.. Kau ni cakap sepatah-sepatah ni pehal?"
"Iman tu perempuan, bukan lelaki."
Tirana tersedak. Shaq membuntang. Pada mulanya, kedua-dua, Shaq dan Tirana tak kisah pun perbualan Arif dengan Chemm. Tapi tang Iman-tu-perempuan-bukan-lelaki, tu memang kena ambil tahu. Ingat ni Coffee Prince ke pe? Ke ingat ni To The Beautiful You punya shooting?

A sambungan for Jamie. Specially for you.

"Nash."
"Menda?" Mata masih pada Ben Esch.
"Marah aku lagi ka?"
"Marah mendanya kau ni?" Satu lagi halaman diselak.
"Dah tu. Awat kau senyap ja dari tadi. Say something la."
"Kan ke dari tadi aku bercakap." Ben Esch ditutup.
"Alah kau ni. Takkan nak aku nyanyi pulak?"
"Tak payah."
"Say somethin' if you feeling the vibe. Say somethin' baby don't be so shy.."
"Stop." First warning.
"Say somethin' cause you're all in my head."
"Chemm.." Second warning.
"Like uuuuu uuuuuu yeahhh~~" dan pap!
Ben Esch dah sedap mendarat pada bahu si perosak lagu.
***
"Chemm, asal kau duk pegang-pegang je bahu kau tu? Langgar pintu ke pe?" Tangan terus dijauhkan dari bahu.
"No lah Tir, tah tatau ashane boleh sakit." Tirana buat muka suspicious.
"Ke minah senget ni belasah kau?" Nash dipandang.
"Asal aku pulak? I'm innocent here." Ben Esch tetap setia menjadi tatapan even dari tadi duk dengar budak berdua tu punya conversation.
"Yeah right. Kau pukul budak ni."
"Manade lah Tir, misunderstanding kau ni. Zaman bila pulak Nash pukul aku guna Ben Esch dia?"
Payback time, Nash. Chemm mengulum senyum.
Nash panggung kepala. Shitto punya Chemm!
"Dia. Pukul. Kau. Guna. Ben. Esch?" Sepatah-sepatah. Chemm angguk.
"Sakit?" Angguk.
"Padan muka. Salah sama-sama kan? So, let go je ah." Simple solution by simple Tirana.
***
"Okey class, suppose, hari ni kita ada new student."
"Again, cikgu? Apa ke famous sangat sekolah ni?" Nash senyum.
Dah tau sangat siapa yang membebel tu. Aizat aka Ijat. Pak sakat 4 SJELF. Priority dia; sakat Puan Hajar all the possible time, macam sekarang ni la.
"Sekolah ni biasa-biasa je, Aizat. Kalau awak tak suka, boleh angkat kaki, what?" Puan Hajar smash.
"Tamau cikgu. I don't want you to miss me." Smash tak berjaya gamaknya.
"Trust me. I won't." Jason Mraz punya lagu dah macam berkumandang dah masa tu.
"Why are you so sure? Pernah try ke?" Aizat keluar killer smile.
"No thanks. I would rather not."
"Ouch. That's hurt. Don't worry, cikgu. I'll be watching you. Sama macam Chemm duk pandang Nash daripada tadi, I'll do the exact same thing."
Dan satu kelas tertumpu pada Chemm dan Nash. Nash turut memandang ke arah Chemm. Mata bertembung. Even Nash tak cakap apa-apa, tapi Chemm boleh paham.
Kau. Pehal. Pandang-pandang. Aku. Bro?
Saja.
Get. Your. Eyes. Off. Me.
I would rather not.
Nash mengalah dan memandang ke arah lain. Uh-uh. Nash mengeluh. Boleh pulak dia terpandang Aizat yang duk perhati dia. Bala bertingkek-tingkek.
"Amboi. Bukan main lagi korang, duk balas-balas pandang pulok. Jealous mak nokkk!" 4 SJELF gamat dengan komen spontan Aizat.
"Enough, Aizat. Tak elok sakat kawan macam tu."
"Err. Assalamualaikum, cikgu." Seisi kelas tertumpu pada pak kerani yang duk terconggok luar kelas.
"Wasalam. Kenapa ya?"
"Your class ada new student. Come here son." Pak kerani menggamit seseorang.
Semua mata tertumpu pada plejar yang melangkah dengan penuh confident tersebut. Mata Nash membulat. Dia langsung tak dapat nak adapt situation tu. Apa yang Puan Hajar cakap dekat depan tu masuk and keluar dari telinga dia dengan jayanya tanpa melekat walau sekuman pun. Yang masuk cuma nama budak baru tu. I M A N.
Iman? You've got to be kidding me.
-continue-

Saturday, June 1, 2013

Battery nak habis dah ni. Hehe
On my way nak balik from Puchong. My abang sedara tunang kan? Penat awok! So, nak habiskan battery, hehe. Sekarang kat Sungai Besar. So... tatau ah nak wat apa?
Aku tadi jadi tukang bawak hantaran. Yang paling bestnya, aku sorang je kut budak pompuan yang bawak mende alah tu. Huh!
Okay. Stop pasal tu. Sekarang aku tengah jealous ni! Nyesal siot tak carpool ngan abang aku. Boleh dia singgah KS nak tengok movie. Aku dah lah lama tak tengok! Jelly k jelly. Yang one car ngan abang aku tu BaFiq, BaMir ngan adik aku. Time kitorang selisih tu muka diorang semua tu bahagia je. Grrrr! Jealousnya!

Friday, May 31, 2013

"Chemm. Boring gila siot!" Nash meletakkan kepalanya di atas meja.
"Hrmmm." Chemm membuka buku rujukan Biologi miliknya.
"Chemm...." mendayu-dayu.
"Hrmmm."
"Kau ni asal asyik 'hrmm.. hrmm' je? Bagilah respon sikit." Duckface.
"Ye Cik Nashratul Iman, ada apa?" Chemm mengalihkan muka daripada buku dan.. erk?!
Nash tengah tekun duk meneroka muka Chemm. Chemm ni kan anak mix. Asyraf Mohamed. Mummy chinese, daddy melayu. Handsome je muka dia. Mata sepet, kulit putih and tinggi. Budak scholarship even family kaya tak hingat.  Yang paling best dia ni low-profile plus sempoi mempoi. Tak ramai yang tau Chemm ni orang yang ada-ada. Pakai baju cap ayam. Jam made in Thailand yang harga bawah 30 Ringgit tu. Kasut bundle. Memang tak mengambarkan anak orang kaya pun Chemm ni. Tapi try buat singgahan mengejut pi rumah dia. Mahu terjojol biji mata nokk!
Chemm memandang Nash sambil kening terjongket. Apakehalnya anak dara Pak Cik Salleh ni duk tenung muka dia? Dah tu siap geleng-geleng kepala lagi. Makin bertambah kerutan di dahi.
"Nash?" Tiada respon.
"Err.. Nash?" Masih tiada respon.
Pap!
"Opah!" Nash meraba dahi. Sakit siot! Matanya jatuh pada senjata yang mengenai dahinya.
"Chemm!" Ada asap dekat tepi telinga dia tika itu.
"Sorry?"
"Aku tak kira, kau buat homework aku minggu ni." Nash mengusap dahinya. Sakit siot!
"Sebab musabab?"
"Dude, you just hit me with your bloody hell Biology book and you asked me why?"
Chemm terpempan. Nash betul marah ni sampai keluar ayat berdarah dia tu.
"Dah lah buku tu tak nipis. Apa kau fikir sedap ke ha?" Nash dah mencapai tahap didih. Dahlah bendera merah tengah berkibar, makin marahlah jadinya.
"Sorry. Aku janji minggu ni homework kau aku settlekan." pujuk Chemm even bukan salah dia sepenuhnya.
"Okay." terbit senyuman di bibir Nash.

Thursday, May 30, 2013

Sambungan 1. (Coz, it's gonna be more after this)

Nash melepasi makmal-makmal sains untuk menuju ke pondok. Tak naklah lalu DM, dah sah-sah sekarang ni budak-budak MPP tengah makan. Daripada prep tadi dia tak nampak Anas, si budak MPP di kelasnya. Kalau mamat nerd tu lesap, comfirm pasal MPP dia tu. Katanya ada mesyuarat tergempar. Tergemparlah sangat. Rasanya topik dia sama je. So lame, dude.
Langkah dipercepatkan. Sengihan mula timbul melihat rakan sekufunya sedang bersantai di pondok.
"Set then."
"Set what?"
"Oh-mak-kau-mak!"
HAHAHAHAHA
"Nash! Kau ni pehal?" Tirana mengurut dada. Terlepas latahan aku yang limited edition ni.
"Mak aku tak ada kat sini ah, Tir." Nash masih giat mengusik.
"Nash! Kau mintak photostat aku punya handout, comfirm 120% wa tak bagi, dude." Tirana mengugut.
"Takpe, aku ada Chemm. Kan Chemm?" Laju sahaja tangan Nash hinggap di bahu Chemm. Hampir bersentuhan muka kedua makhluk Tuhan itu.
"Ehemm." Chemm berdehem.
"Oopsie. Sorry, dude. My bad." Tangan dijatuhkan. Lupa yang Chemm ni pak ustaz.
"Sokay. So, what brings you here?" Chemm memandang Nash yang ringkas memakai baju-T lengan panjang yang terpampang kartun Mickey Mouse, track-bottom dan dipadankan dengan tudung bawal berwarna krim.
"Roomie aku cakap korang dating tanpa aku. Not fair!" Duckface sudah muncul.
"Aliya tu cakap kitorang dating?" Arif memandang Nash. Biar betik.
"Takdelah, dia cakap korang meeting. Hehe. Saja propa cakap korang dating. Sentap tak?"
"Takde maknanya. Kitorang tengah pilih masa ni." Chemm menjawab malas.
"Pilih masa? Guys, yang aku tahu just pilih subject je." Gumam Nash, rendah.
"Pilih masa tu maknanya skip masa, sayang. Ada paham?" Shaq akhirnya membuka bicara.
Nash sudah jadi burung belatuk.
"Bila start?" Nash sudah keluar tanduk.
-bersambung-

Lil' short story. Wanna post it here. Feel free to read it?

"Nash." Mata diangkat memandang Ali di muka pintu.
"Awat?"
"Member-member kau buat meeting." Ali melangkah masuk, katil menjadi prioritinya tika itu.
"Meeting?" Kening diangkat.
"Yep. Dekat pondok depan DM." Mata dipejam.
"Makanya?"
"Diorang cari kau tadi."
"O....key. Kau cakap apa?"
"Aku cakap kau tengah rest."
"Diorang buat apa?"
"Manalah aku tau. Aku just tegur dari kejauhan je." Sarkastik.
"Hiperbola terlebih. Ali, diorang nak aku pi sana ke?"
"Takde ah. Depa suh aku jangan gitau kau. Tapi kalau kau still nak berangkat, pi lah."
Erk?! Handout Kimia di depan mata dipandang sambil lewa. Takdenya Kimia tanpa handout. Kertas-kertas handout ni pun lagi tebal daripada buku teks. Seksa mak nak buat, nokkk!!
"Ali, aku blah dulu la. Gonna catch you later." Langkah di ambil tanpa menunggu balasan Ali. Di muka pintu, Nash memandang Ali.
"And please, don't ruin my language, babe." Langkah yang terbantut disambung.
"Shitto!" Barney di baling, malangnya pintu ditutup sesaat awal dari masa balingan.
***
"Pukul 10.00 tak boleh siot." Tirana pantas membangkang, matanya di fokuskan pada jadual waktu di tangan.
"Apakehalnya pulok? Kau subjek apa?" Arif memandang Tirana.
"Pukul 10.00 ada Bio, bang. Kau nak aku ni mati katak ke time exam nanti?" Mencerlung mata Tirana.
"Erk? Bio? Gi-la lah kau. Aku pun tak boleh jugak. Add-Math. Mau terkujat aku exam nanti kalau skip."  Shaq juga memintas.
"Kau orang punya Hari Sains dengan Hari Math ada yang hari Khamis?" Chem membuka bicara.
Dari tadi asyik dengar budak bertiga tu je bertekak, sakit telinga weh! Matanya juga tekun menelaah jadual waktu dihadapannya.
Ketiga-tiga kepala dihadapannya menggeleng. Hari Khamis tu hari free sedunia kut? Yang ada just subjek teras je. Bercahaya mata melihatnya.
"Set then," Chem mengulum senyum.
"Set what?"
"Oh-mak-kau-mak!"
Ketawa mereka terburai.
-continue-

Wednesday, May 29, 2013

No review. Maybe next time.

Assalamualaikum wbt.
A bucket of sorry. Instead of buat review. TERbuat pulak sneak peek dekat sini. The idea just came out of nowhere. And just wanna share it here. There won't be any sambungan thou. Just something that I wanna share with all of you.
Enjoy!

"Kan abang dah cakap, duduk diam-diam je kat rumah."
"Hrmmm."
"Adik, like seriously? Dengar tak apa abang cakap before kita balik sini semalam?" Si abang sudah bercekak pinggang di hadapan adiknya.
"I'm not deaf."
"So, where are you going?" Mencerlung matanya melihat si adik yang buat muka 'mind your own business'.
"Saja, jalan-jalan." Sandal disarung satu persatu.
"C'mon, sis. It's my big day. You're not gonna celebrate it with me?"
"No. Now, if you please excuse me. I've got tons of plan to be done." Langkah si adik terhenti pabila sling bag yang dipakainya ditarik dari arah belakang.
"Please don't."
"Let me go or you'll never see me again. Like never."
Tangan dilonggarkan. Luruh hatinya melihat satu-satunya adiknya melangkah keluar pada hari yang sepatutnya membawa kegembiraan pada mereka, hari bersejarahnya.