Nash melepasi makmal-makmal sains untuk menuju ke pondok. Tak naklah lalu DM, dah sah-sah sekarang ni budak-budak MPP tengah makan. Daripada prep tadi dia tak nampak Anas, si budak MPP di kelasnya. Kalau mamat nerd tu lesap, comfirm pasal MPP dia tu. Katanya ada mesyuarat tergempar. Tergemparlah sangat. Rasanya topik dia sama je. So lame, dude.
Langkah dipercepatkan. Sengihan mula timbul melihat rakan sekufunya sedang bersantai di pondok.
"Set then."
"Set what?"
"Oh-mak-kau-mak!"
HAHAHAHAHA
"Nash! Kau ni pehal?" Tirana mengurut dada. Terlepas latahan aku yang limited edition ni.
"Mak aku tak ada kat sini ah, Tir." Nash masih giat mengusik.
"Nash! Kau mintak photostat aku punya handout, comfirm 120% wa tak bagi, dude." Tirana mengugut.
"Takpe, aku ada Chemm. Kan Chemm?" Laju sahaja tangan Nash hinggap di bahu Chemm. Hampir bersentuhan muka kedua makhluk Tuhan itu.
"Ehemm." Chemm berdehem.
"Oopsie. Sorry, dude. My bad." Tangan dijatuhkan. Lupa yang Chemm ni pak ustaz.
"Sokay. So, what brings you here?" Chemm memandang Nash yang ringkas memakai baju-T lengan panjang yang terpampang kartun Mickey Mouse, track-bottom dan dipadankan dengan tudung bawal berwarna krim.
"Roomie aku cakap korang dating tanpa aku. Not fair!" Duckface sudah muncul.
"Aliya tu cakap kitorang dating?" Arif memandang Nash. Biar betik.
"Takdelah, dia cakap korang meeting. Hehe. Saja propa cakap korang dating. Sentap tak?"
"Takde maknanya. Kitorang tengah pilih masa ni." Chemm menjawab malas.
"Pilih masa? Guys, yang aku tahu just pilih subject je." Gumam Nash, rendah.
"Pilih masa tu maknanya skip masa, sayang. Ada paham?" Shaq akhirnya membuka bicara.
Nash sudah jadi burung belatuk.
"Bila start?" Nash sudah keluar tanduk.
-bersambung-
Ian Bohen RETWEETED my TWEET
My #TeenChoice nominee for #ChoiceTVVillain is @IanBohen as Peter Hale http://t.co/H2LDxA8wzS
— nddishk (@ndbilinski) May 28, 2015
Thursday, May 30, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment