"Chemm. Boring gila siot!" Nash meletakkan kepalanya di atas meja.
"Hrmmm." Chemm membuka buku rujukan Biologi miliknya.
"Chemm...." mendayu-dayu.
"Hrmmm."
"Kau ni asal asyik 'hrmm.. hrmm' je? Bagilah respon sikit." Duckface.
"Ye Cik Nashratul Iman, ada apa?" Chemm mengalihkan muka daripada buku dan.. erk?!
Nash tengah tekun duk meneroka muka Chemm. Chemm ni kan anak mix. Asyraf Mohamed. Mummy chinese, daddy melayu. Handsome je muka dia. Mata sepet, kulit putih and tinggi. Budak scholarship even family kaya tak hingat. Yang paling best dia ni low-profile plus sempoi mempoi. Tak ramai yang tau Chemm ni orang yang ada-ada. Pakai baju cap ayam. Jam made in Thailand yang harga bawah 30 Ringgit tu. Kasut bundle. Memang tak mengambarkan anak orang kaya pun Chemm ni. Tapi try buat singgahan mengejut pi rumah dia. Mahu terjojol biji mata nokk!
Chemm memandang Nash sambil kening terjongket. Apakehalnya anak dara Pak Cik Salleh ni duk tenung muka dia? Dah tu siap geleng-geleng kepala lagi. Makin bertambah kerutan di dahi.
"Nash?" Tiada respon.
"Err.. Nash?" Masih tiada respon.
Pap!
"Opah!" Nash meraba dahi. Sakit siot! Matanya jatuh pada senjata yang mengenai dahinya.
"Chemm!" Ada asap dekat tepi telinga dia tika itu.
"Sorry?"
"Aku tak kira, kau buat homework aku minggu ni." Nash mengusap dahinya. Sakit siot!
"Sebab musabab?"
"Dude, you just hit me with your bloody hell Biology book and you asked me why?"
Chemm terpempan. Nash betul marah ni sampai keluar ayat berdarah dia tu.
"Dah lah buku tu tak nipis. Apa kau fikir sedap ke ha?" Nash dah mencapai tahap didih. Dahlah bendera merah tengah berkibar, makin marahlah jadinya.
"Sorry. Aku janji minggu ni homework kau aku settlekan." pujuk Chemm even bukan salah dia sepenuhnya.
"Okay." terbit senyuman di bibir Nash.
Ian Bohen RETWEETED my TWEET
My #TeenChoice nominee for #ChoiceTVVillain is @IanBohen as Peter Hale http://t.co/H2LDxA8wzS
— nddishk (@ndbilinski) May 28, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment