Ian Bohen RETWEETED my TWEET

Friday, May 31, 2013

"Chemm. Boring gila siot!" Nash meletakkan kepalanya di atas meja.
"Hrmmm." Chemm membuka buku rujukan Biologi miliknya.
"Chemm...." mendayu-dayu.
"Hrmmm."
"Kau ni asal asyik 'hrmm.. hrmm' je? Bagilah respon sikit." Duckface.
"Ye Cik Nashratul Iman, ada apa?" Chemm mengalihkan muka daripada buku dan.. erk?!
Nash tengah tekun duk meneroka muka Chemm. Chemm ni kan anak mix. Asyraf Mohamed. Mummy chinese, daddy melayu. Handsome je muka dia. Mata sepet, kulit putih and tinggi. Budak scholarship even family kaya tak hingat.  Yang paling best dia ni low-profile plus sempoi mempoi. Tak ramai yang tau Chemm ni orang yang ada-ada. Pakai baju cap ayam. Jam made in Thailand yang harga bawah 30 Ringgit tu. Kasut bundle. Memang tak mengambarkan anak orang kaya pun Chemm ni. Tapi try buat singgahan mengejut pi rumah dia. Mahu terjojol biji mata nokk!
Chemm memandang Nash sambil kening terjongket. Apakehalnya anak dara Pak Cik Salleh ni duk tenung muka dia? Dah tu siap geleng-geleng kepala lagi. Makin bertambah kerutan di dahi.
"Nash?" Tiada respon.
"Err.. Nash?" Masih tiada respon.
Pap!
"Opah!" Nash meraba dahi. Sakit siot! Matanya jatuh pada senjata yang mengenai dahinya.
"Chemm!" Ada asap dekat tepi telinga dia tika itu.
"Sorry?"
"Aku tak kira, kau buat homework aku minggu ni." Nash mengusap dahinya. Sakit siot!
"Sebab musabab?"
"Dude, you just hit me with your bloody hell Biology book and you asked me why?"
Chemm terpempan. Nash betul marah ni sampai keluar ayat berdarah dia tu.
"Dah lah buku tu tak nipis. Apa kau fikir sedap ke ha?" Nash dah mencapai tahap didih. Dahlah bendera merah tengah berkibar, makin marahlah jadinya.
"Sorry. Aku janji minggu ni homework kau aku settlekan." pujuk Chemm even bukan salah dia sepenuhnya.
"Okay." terbit senyuman di bibir Nash.

Thursday, May 30, 2013

Sambungan 1. (Coz, it's gonna be more after this)

Nash melepasi makmal-makmal sains untuk menuju ke pondok. Tak naklah lalu DM, dah sah-sah sekarang ni budak-budak MPP tengah makan. Daripada prep tadi dia tak nampak Anas, si budak MPP di kelasnya. Kalau mamat nerd tu lesap, comfirm pasal MPP dia tu. Katanya ada mesyuarat tergempar. Tergemparlah sangat. Rasanya topik dia sama je. So lame, dude.
Langkah dipercepatkan. Sengihan mula timbul melihat rakan sekufunya sedang bersantai di pondok.
"Set then."
"Set what?"
"Oh-mak-kau-mak!"
HAHAHAHAHA
"Nash! Kau ni pehal?" Tirana mengurut dada. Terlepas latahan aku yang limited edition ni.
"Mak aku tak ada kat sini ah, Tir." Nash masih giat mengusik.
"Nash! Kau mintak photostat aku punya handout, comfirm 120% wa tak bagi, dude." Tirana mengugut.
"Takpe, aku ada Chemm. Kan Chemm?" Laju sahaja tangan Nash hinggap di bahu Chemm. Hampir bersentuhan muka kedua makhluk Tuhan itu.
"Ehemm." Chemm berdehem.
"Oopsie. Sorry, dude. My bad." Tangan dijatuhkan. Lupa yang Chemm ni pak ustaz.
"Sokay. So, what brings you here?" Chemm memandang Nash yang ringkas memakai baju-T lengan panjang yang terpampang kartun Mickey Mouse, track-bottom dan dipadankan dengan tudung bawal berwarna krim.
"Roomie aku cakap korang dating tanpa aku. Not fair!" Duckface sudah muncul.
"Aliya tu cakap kitorang dating?" Arif memandang Nash. Biar betik.
"Takdelah, dia cakap korang meeting. Hehe. Saja propa cakap korang dating. Sentap tak?"
"Takde maknanya. Kitorang tengah pilih masa ni." Chemm menjawab malas.
"Pilih masa? Guys, yang aku tahu just pilih subject je." Gumam Nash, rendah.
"Pilih masa tu maknanya skip masa, sayang. Ada paham?" Shaq akhirnya membuka bicara.
Nash sudah jadi burung belatuk.
"Bila start?" Nash sudah keluar tanduk.
-bersambung-

Lil' short story. Wanna post it here. Feel free to read it?

"Nash." Mata diangkat memandang Ali di muka pintu.
"Awat?"
"Member-member kau buat meeting." Ali melangkah masuk, katil menjadi prioritinya tika itu.
"Meeting?" Kening diangkat.
"Yep. Dekat pondok depan DM." Mata dipejam.
"Makanya?"
"Diorang cari kau tadi."
"O....key. Kau cakap apa?"
"Aku cakap kau tengah rest."
"Diorang buat apa?"
"Manalah aku tau. Aku just tegur dari kejauhan je." Sarkastik.
"Hiperbola terlebih. Ali, diorang nak aku pi sana ke?"
"Takde ah. Depa suh aku jangan gitau kau. Tapi kalau kau still nak berangkat, pi lah."
Erk?! Handout Kimia di depan mata dipandang sambil lewa. Takdenya Kimia tanpa handout. Kertas-kertas handout ni pun lagi tebal daripada buku teks. Seksa mak nak buat, nokkk!!
"Ali, aku blah dulu la. Gonna catch you later." Langkah di ambil tanpa menunggu balasan Ali. Di muka pintu, Nash memandang Ali.
"And please, don't ruin my language, babe." Langkah yang terbantut disambung.
"Shitto!" Barney di baling, malangnya pintu ditutup sesaat awal dari masa balingan.
***
"Pukul 10.00 tak boleh siot." Tirana pantas membangkang, matanya di fokuskan pada jadual waktu di tangan.
"Apakehalnya pulok? Kau subjek apa?" Arif memandang Tirana.
"Pukul 10.00 ada Bio, bang. Kau nak aku ni mati katak ke time exam nanti?" Mencerlung mata Tirana.
"Erk? Bio? Gi-la lah kau. Aku pun tak boleh jugak. Add-Math. Mau terkujat aku exam nanti kalau skip."  Shaq juga memintas.
"Kau orang punya Hari Sains dengan Hari Math ada yang hari Khamis?" Chem membuka bicara.
Dari tadi asyik dengar budak bertiga tu je bertekak, sakit telinga weh! Matanya juga tekun menelaah jadual waktu dihadapannya.
Ketiga-tiga kepala dihadapannya menggeleng. Hari Khamis tu hari free sedunia kut? Yang ada just subjek teras je. Bercahaya mata melihatnya.
"Set then," Chem mengulum senyum.
"Set what?"
"Oh-mak-kau-mak!"
Ketawa mereka terburai.
-continue-

Wednesday, May 29, 2013

No review. Maybe next time.

Assalamualaikum wbt.
A bucket of sorry. Instead of buat review. TERbuat pulak sneak peek dekat sini. The idea just came out of nowhere. And just wanna share it here. There won't be any sambungan thou. Just something that I wanna share with all of you.
Enjoy!

"Kan abang dah cakap, duduk diam-diam je kat rumah."
"Hrmmm."
"Adik, like seriously? Dengar tak apa abang cakap before kita balik sini semalam?" Si abang sudah bercekak pinggang di hadapan adiknya.
"I'm not deaf."
"So, where are you going?" Mencerlung matanya melihat si adik yang buat muka 'mind your own business'.
"Saja, jalan-jalan." Sandal disarung satu persatu.
"C'mon, sis. It's my big day. You're not gonna celebrate it with me?"
"No. Now, if you please excuse me. I've got tons of plan to be done." Langkah si adik terhenti pabila sling bag yang dipakainya ditarik dari arah belakang.
"Please don't."
"Let me go or you'll never see me again. Like never."
Tangan dilonggarkan. Luruh hatinya melihat satu-satunya adiknya melangkah keluar pada hari yang sepatutnya membawa kegembiraan pada mereka, hari bersejarahnya.

Monday, May 27, 2013

My Friends :))

Assalamualaikum wbt.
Malam ni nak stroy about my friends. What I think about them. Haha. So, bear me. And guys, jangan kata na sunat aku lah, benci aku bagai. Chill kay?

First one would be my bestie. Jiran sebelah yg selalu menjadi telinga dan tempat gila-gila aku. Anaz. Sangat slumber. A kpopper and someone yg idk lah. Friendly lah. And not to forget, budak ni muda satu hari dari aku. One day je okay? Haha. Dia ni pemalas kalau bab rehat-rehat ni. Kalau boleh mmg nak mintak aku je duk belikan. Sangat baiklah awokkk ni!
Next one will be Mai. Okey. Ni memang aku cakap brutal. Loves singing. aku suka lah share apa yg aku rasa. Kalau ada probs suka pergi dekat dia. I mean like, she knows what I feel. And I feel that was really great that someone boleh faham aku ni. She loves singing. Dalam kelas tu dia akan nyanyi dgn Shud si jemah. Shud tu mmg nyanyi 24/7. And antara kami-kami ni, shud lah yg bawak phone paling kerap. Mmg brutal mak jemah dgn kak ton ni. XD
Next, sara. Hrmmm. Sara ni merupakan sumber jugak ah. Dia siap nak pinjamkan abang dia kat aku pulak. Haha. Doesn't make sense but for me sangat lah funny. Kitorang scandalkan dia dgn bob. Which is sangat kelakar wa cakap sama lu. Then, kalau aku bahan dia je, comfirm kena ayat ni, "aku sunat kau kang, nad". Tak puas hati ke aku dah sunat time baby dulu ha? Masalahnya dorang tu macam ada kimia pulak. Their birthday sama kay? On the same day. Haha. Boleh bayangkan betapa terujanya kitorang bila dapat tahu tu? Hehe. Sara, ampun babe. Takyah lah nak sunat aku. Thank you je ah. I'm fine, dude. And sara minat kpop. Yeah! Sama jugak dengan atenn dan fatin. kitorang suka sembang kpop campur Anaz. Rasa mcm best je kan?
Alynn pulak. Let's make it simple. Seorang yg pemalu, tapi baik hati. Comel jugak. Dia layan anime kay? Haha. Awesome tak? Aku panggil dia Jamie. Why? Suka hati aku lah. Aku yg nak panggil kan? Alynn ni gamer tegar tau. Dia minat gila-gila-gila main computer games. She's into it. For that reason dia mmg sebulu dgn Hisyam. Hisyam tu pulak mamat paling selamba badak yg aku pernah jumpa. Dekat SAMTAJ tu mmg banyak, tapi takdelah mcm Hisyam. Yang paling tepat untuk Hisyam ni ialah dia gila-gila yg memang gila! He's crazy! And sangat straight forward. Takde kona mona dah. Straight je. But, it's good to be friends with him la. It's good to be friends with all of them.
Then, other will be Muiz, Md. Noor, Nabihah and double Farah. Sum it up. Memang tak rapat lah. Cakap pun kekadang je. Tapi still on the same class kan? So, we're friends lah.
Selain daripada yg di atas ni ialah chinese. sikit je malay ST ni. Hehe.  Bukan aku cakap maybe lama tak update ke? Haha. Cakap tak serupa bikin. Haha. Sorry. XD

Enjoy your holiday! Next entry will be a review about Syamnuriezmil's new novel. Mmg awesome Kak Yatt buat kali ni. I spent ONLY 4 and a half hour for it. Nampak tak betapa determine nya aku tu?
Till the next post. Assalamualaikum wbt.

Sunday, May 26, 2013

Review

Assalamualaikum wbt.
I wanna be quick sebab battery phone ni tinggal seciput alam. So bear me, will you? Hrmm. Haritu baca Anthem and guess what? Best gila! Hlovate did an amazing job AGAIN! It was like amazing. Aku suka sebab dia ada cerita pasal sekolah. And kalau Hlovate+school's stories=AWESOME! Sangat best. Okay! Sayangnya dekat Dash and Haiqal. not to mention bila ada cerita pasal Jo, Trish and ada Lekiu. Awesome guys. Supe duper awesome! Yeahhh! And now, sedang mencari novel yang relates with sekolah. I want to rest my mind from lovey-dovey novels. Aku dah jumpa satu online novel and sangat best even baru bab 4. Aku tamau beli PTS, bukan tak best. Dear Yayah is an amazing novel! Tapi tulah. PTS macam tak real from my perspective. Sebab? Hmmm. They used awak-saya which is sangat susah aku nak jumpa. All of my friends used kau-aku. And maybe awak-saya tu hanya dengan chinese or indian. But please? With malay? Sangat lah mustahil aku nak jumpa nowadays. And biasanya dorang 'sangat baik', walaupun budak jahat.. but still in the term of budak baik. You know it when you read it. So, don't blame me. It's just my opinion. No hard feeling.

Friday, May 24, 2013

My Second Holiday!

Assalamualaikum wbt.
Hrmmm. Now abang aku takde, off to Kuala Selangor, nak tengok movie.
Ahhhh! Moody ah cuti ni. Aku ajak abang aku pi SACC dia tanak pulok. Moody k, moody.. T.T
Harini suppose aku pi Putrajaya, mama tak dapat gi. Kira cam aku ganti ah. Brrrr! Malas siot! Next week pulok, pergi cousin aku tunang. Yang tu best lah kut? Yeay! Yeay! Cikgu Agogo is gonna be married next year! Haha.
Tapi still dalam mood moody ni!
And, my reading list, Gadis Edisi Terhad, Cinta Seindah Madah, Suami Yang Ku Benci, Be My Wife, Dia Segalanya, Rindu Tak Teruncap, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Jodoh Itu Milik Kita dll.
Haha. K, maybe blog akan ditinggalkan bersarang. :)) so, my apologize.

Monday, May 13, 2013

KAWAN

Assalamualaikum wbt.
Korang mesti pernah ada special friends, kan?
Aku pun pernah ada but, kitorang dah tak.. friends lagi. Broken friendship.
Aku suka kawan dengan dia. Because she's interesting, y'know? Aku tak pernah jumpa orang macam dia. We share a lot of things together. Bergayut sampai tengah malam. Orang akan ingat aku tengah angau kalau tengok aku bergayut dengan dia. Haha. Dah macam bergayut dengan pakwe.
And now, it's all gone. Aku tatau siapa yang salah. Aku atau dia. Tapi aku rindu sangat dekat dia.
Kawan, aku rindu sangat dengan kau. Dengan cerita kau. Dengan cerita SBP kau, cerita budak2 sana. Cerita pasal family kau. Cerita pasal past kau. Aku suka sangat sebab kau boleh spill dekat aku and aku boleh spill dekat kau. Tapi tu semua dah tak ada kan?
Kau dah tanak contact aku lagi. So,aku unfriend kau dekat fb. Aku tanak kau nampak post2 rindu aku tu. Aku faham kau tanak kawan dengan aku dah. Aku terima. Thanks sebab sudi jadi kawan aku. Kau pernah jadi antara kawan baik aku walaupun kau tak tahu. Thanks untuk semuanya. Aku doakan kau happy sentiasa. Moga kau dapat kawan yang tak menghampakan kau.  Thanks untuk segalanya.

LIFE, it more than that.

Wednesday, May 1, 2013

My Life is COMPLICATED

Assalamualaikum wbt.
Hrrmm.
It's not like everybody know it, tapi aku ada 3 orang adik beradik JE. Sikit kan? I'm in the middle. Haha

Now, (seriously NOW? Okay bukan now kut) hrmm. Kay, bukan. Aku ngan abang aku memang tak rapat, yang tu fakta. Memang tak la. Aku boleh kira k, berapa kali abang aku tegur aku. Sangat sikit. When aku keluar and aku nampak macam ada abang caring pasal adik dia, aku dah jealous tahap tak hingat. Walaupun abang yg aku jealouskan tu budak kecik lagi. Tapi lantak situ lah . Aku yang nak jealous kan? Haha. #awkward laugh. Boleh dikatakan aku ngan abang aku ni memang tak rapat ah. Since kecil. Poor me. Nanti dah besar aku nak kahwin dengan orang yang ada abang banyak ah. Nak caring2 ngan diorang. K, mereng. Haha. Sebabkan aku ni tak rapat, aku memang dah pasang azam aku nak buat baik dekat adik aku. Honestly, guys. Rasa tak disayang abang or kakak sangat tak best. It's a disaster. It feels bad. I have feel it. Aku tamau adik aku rasa camtu. Rasa dipinggir. Yeahhhh~~ aku tau aku just ada mama aku, abang and adik. Tapi aku asa yang sayang aku mama ngan adik je. Sebab tu masa abang aku buat panggilan mengejut the night before PMR tu, mata aku buat SALE. Menangis macam hape je. Sebab for a couple of minutes, aku dapat rasa yang dia care pasal aku. Something yang impossible buat aku yang dah hidup 15 tahun dekat bumi Allah ni. It feels great bila aku dapat intention dia. Maybe orang yang dengar akan cakap, 'what the heck? Wish apa camni?' Tapi pada aku, it's meant a lot for me. It do. Ketahuilah yang aku dah nangis dah sekarang ni. Haha. Cengeng!
K, bye!
Assalamualikum. :')